BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 18, 2010

PENGUMUMAN PENTING!!!!!!


Kepada semua bakal graduan yang akan menyertai Majlis Konvokesyen UPM ke-34 tahun 2010, saudara/saudari adalah diwajibkan menghantar gambar terkini dalam bentuk salinan lembut (softcopy) untuk tujuan sistem paparan nama graduan.

Gambar tersebut hendaklah:
i) bersaiz 4 sm x 5.5 sm;
ii) bersaiz fail tidak melebihi 5Mb;
iii) memasukan nama fail seperti berikut: .jpg;
iv) disertakan maklumat nama, no. matrik dan program pengajian; dan
v) dihantar ke alamat e-mel berikut: konvo@putra.upm.edu.my


Tarikh akhir penghantaran gambar adalah pada 15 Ogos 2010. Sekiranya gambar tidak diterima sehingga tarikh tersebut, UPM hanya akan menggunakan gambar lama daripada kad pintar pelajar (sekiranya masih ada). Sekiranya tiada, gambar bakal graduan tidak akan dipaparkan semasa majlis konvokesyen berlangsung.


Sekian, harap maklum.

Urus Setia
Majlis Konvokesyen UPM ke-34
15 Julai 2010

Maklumat daripada UPM

0 comments:

diploma pertanian

diploma pertanian