Sunday, July 18, 2010
MAJLIS KONVOKESYEN KE-34 TAHUN 2010
Posted by DPT07/08 at 2:44 AM 0 comments
PENGUMUMAN PENTING!!!!!!
Posted by DPT07/08 at 2:40 AM 0 comments
Monday, July 5, 2010
Anasia Guna Ekstrak Nanas
DALAM usaha mengkomersialkan khasiat nanas dan memberi manfaat kepada pengguna, Anasia merupakan satu inovasi baru diperkenalkan melalui rangkaian produk kosmetik dan penjagaan diri. Jenama keluaran tempatan ini menggunakan ekstrak jus nanas sebagai bahan aktif yang amat berkhasiat dalam penjaga an kulit kepada wanita khasnya. Pembangunan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan diri ini dihasilkan melalui program usaha sama antara Bahagian Pembangunan Produk Dan Hiliran dan Chemical Enggineering Pilot Plant, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
Produk yang dihasilkan seperti pencuci muka, penyegar muka, krim siang, krim malam, skrub muka, mask, losyen, syampu, pencuci tangan dan gel mandian. Bromelain merupakan salah satu enzim proleolitik yang kian meluas digunakan dalam industri seperti membuat antibiotik, detergen, biomas dan sebagainya.
Penggunaan meluas enzim bromelain dalam kegunaan industri membolehkan buah nanas bersaing sebagai bahan utama di dalam penghasilan enzim tersebut bagi tujuan komersial.
Keseluruhannya di dalam setiap produk mengandungi 0.5 hingga dua peratus ekstrak jus nanas yang mana setiap ekstrak jus nanas yang dihasilkan mengandungi 5.0205 mg/ml enzim bromelein. Enzim yang terdapat juga dijangka mampu membantu menanggalkan sel mati di permukaan atas kulit dan dapat membantu memperbaiki struktur kulit agar kelihatan lebih segar dan awet muda.
Enzim bromelein dapat mengaktifkan aktiviti pencernaan protein dan memperbaiki sel kulit yang kasar agar kelihatan halus dan lembut serta sihat. Di samping itu, ia juga meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit bagi menghasilkan kulit yang lebih menawan sepanjang hari.
Dengan pembangunan rangkaian kosmetik dan penjagaan diri berasaskan ekstrak nanas ini, pihak LPNM berharap dapat menyokong industri nanas Malaysia dalam hasrat mempelbagaikan produk-produk industri berkualiti tinggi, seiring dengan hasrat kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas negara.
Maklumat daripada : Kementerian Perindustrian & Industri Asas Tani Malaysia
Posted by DPT07/08 at 11:05 AM 0 comments




