Sunday, December 26, 2010
Tuesday, November 23, 2010
PerTandingan MencipTa LogO..
Kepada Alumni Diploma Pertanian 07/08....
Posted by DPT07/08 at 8:15 AM 0 comments
Sunday, November 21, 2010
Selamat Bercuti....
Posted by DPT07/08 at 9:34 AM 0 comments
Thursday, October 7, 2010
Selamat BER KONVOKEYSEN KE-34
KEPADA KELUARGA DPT0708...MENGUCAPKAN SELAMAT BERJAYA DALAM SEMUA BIDANG MASING-MASING......N SELAMAT BERKONVOKEYSEN KE-34...NANTI BOLEH BERJUMPA........PADA 09.10.2010 PUKUL 1.30 PETANG!!!!!!JUMPA DI DEWAN!!!!!
Posted by DPT07/08 at 4:51 AM 0 comments
Thursday, September 30, 2010
Statistik DPT
Posted by DPT07/08 at 2:40 AM 0 comments
Wednesday, September 29, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Aktiviti Terbaik


Undian di Buka selama 3 bulan.....dimana keputusan dibuat bahawa Lawatan Delegrasi ke Kuching adalah yang terbaik dengan memperoleh 50%....
Info Lawatan Delegrasi Ke Kuching
1) Nama Lawatan : Kerja Amali Luar Bersepadu, Diploma Pertanian 06
2) Tarikh : 04 - 13 April 2010
3) Tempat : Kuching, Sarawak
4) Pengarah Program : Mohamad Hafis B. Kamaruddin
5) Peserta Terlibat : 72 Orang
Antara aktiviti di lakukan sepanjang 3 tahun 2007/2010
1)Lawatan Delegrasi Ke Kuching (SEM06) 50%
2)Jamuan Akhir semester di Kuching (SEM06) 26%
3)Jamuan Agro Rayanite (SEM03) 21%
4)Hari Keluarga DPT (SEM02) 18%
5)Majlis Bergambar DPT (SEM06) 15%
Posted by DPT07/08 at 2:36 AM 0 comments
Sunday, July 18, 2010
MAJLIS KONVOKESYEN KE-34 TAHUN 2010
Posted by DPT07/08 at 2:44 AM 0 comments
PENGUMUMAN PENTING!!!!!!
Posted by DPT07/08 at 2:40 AM 0 comments
Monday, July 5, 2010
Anasia Guna Ekstrak Nanas
DALAM usaha mengkomersialkan khasiat nanas dan memberi manfaat kepada pengguna, Anasia merupakan satu inovasi baru diperkenalkan melalui rangkaian produk kosmetik dan penjagaan diri. Jenama keluaran tempatan ini menggunakan ekstrak jus nanas sebagai bahan aktif yang amat berkhasiat dalam penjaga an kulit kepada wanita khasnya. Pembangunan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan diri ini dihasilkan melalui program usaha sama antara Bahagian Pembangunan Produk Dan Hiliran dan Chemical Enggineering Pilot Plant, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
Produk yang dihasilkan seperti pencuci muka, penyegar muka, krim siang, krim malam, skrub muka, mask, losyen, syampu, pencuci tangan dan gel mandian. Bromelain merupakan salah satu enzim proleolitik yang kian meluas digunakan dalam industri seperti membuat antibiotik, detergen, biomas dan sebagainya.
Penggunaan meluas enzim bromelain dalam kegunaan industri membolehkan buah nanas bersaing sebagai bahan utama di dalam penghasilan enzim tersebut bagi tujuan komersial.
Keseluruhannya di dalam setiap produk mengandungi 0.5 hingga dua peratus ekstrak jus nanas yang mana setiap ekstrak jus nanas yang dihasilkan mengandungi 5.0205 mg/ml enzim bromelein. Enzim yang terdapat juga dijangka mampu membantu menanggalkan sel mati di permukaan atas kulit dan dapat membantu memperbaiki struktur kulit agar kelihatan lebih segar dan awet muda.
Enzim bromelein dapat mengaktifkan aktiviti pencernaan protein dan memperbaiki sel kulit yang kasar agar kelihatan halus dan lembut serta sihat. Di samping itu, ia juga meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit bagi menghasilkan kulit yang lebih menawan sepanjang hari.
Dengan pembangunan rangkaian kosmetik dan penjagaan diri berasaskan ekstrak nanas ini, pihak LPNM berharap dapat menyokong industri nanas Malaysia dalam hasrat mempelbagaikan produk-produk industri berkualiti tinggi, seiring dengan hasrat kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas negara.
Maklumat daripada : Kementerian Perindustrian & Industri Asas Tani Malaysia
Posted by DPT07/08 at 11:05 AM 0 comments
Wednesday, June 30, 2010
Kemasukan Ijazah IPTA Sesi 2010/2011
Posted by DPT07/08 at 10:15 AM 0 comments
Tuesday, June 22, 2010
BERITA : Isu Pelesenan Kekang Pembangunan Industri Burung Walit Negara
Oleh Syed Azwan Syed Ali
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri ini di Malaysia.
Antaranya ialah masalah pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar yang didakwa menggugat populasi manusia di sekitarnya terutama risiko penyakit yang dikaitkan dengan spesies itu.
Masalah pengurusan dan pemantauan ini juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terbabit selain menimbulkan dilema dalam kalangan pedagang sarang burung itu.
Masalah ini amat ketara di Sarawak di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar namun pada masa yang sama negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung "haram", yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berwajib.
Namun sejauh manakah kebenaran andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri ini tidak berkubur di tengah jalan?
ISU PELESENAN
Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian atau isu itu ialah masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?
Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi bagi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak, Oktober tahun lepas, yang dilihat membuka mata umum kepada kewujudan industri sarang burung walit.
Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan di mana anak burung walit, iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di youtube.com.
Rentetan daripada operasi itu, bermula dengan Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei, meminta Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud campurtangan bagi menyelesaikan isu itu.
Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada yang kebanyakannya ialah lot rumah kedai yang dulunya terbengkalai tapi kini membawa hasil yang lumayan.
MAHU DIBANGUNKAN SECARA TERKAWAL
Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi dan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab selain harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.
Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua.
Dan ini menyukarkan lagi keadaan bagi industri ini.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit ini dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.
Len Talif berkata kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan diterima sejak Mei lepas.
"Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan "old-player" (pengusaha lama) yang memenuhi syarat.
PERKEMBANGAN POSITIF
"Selebihnya ditolak kerana premis burung di bandar," kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.
Beliau berkata penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.
Sumber industri melihat pemberian lesen itu sebagai perkembangan yang positif jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu dengan hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.
Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak, melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei, yang meliputi kawasan pertanian dikenal pasti.
Ia juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan pihak berkuasa tempatan.
Satu berita baik ialah kKerajaan negeri juga akan membina tiga eko-park burung walit di Mukah,Sarikei dan Bintulu untuk dijual dan disewakan kepada pihak berminat.
KELONGGARAN PREMIS DI KAWASAN BANDAR
Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di eko-park yang dibina itu, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada.
Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung walit di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar.
"Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi protem Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei Wong Hua Ting, menimbulkan situasi bertentangan di antara pihak kerajaan negeri, yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau di eko-park disediakan.
Keadaan ini tentunya akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat terutama hujah mengenai ancaman penyakit membabitkan spesies burung itu.
Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih 5,000 ujian dilakukan, mendapati spesies burung walit bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.
PREMIS DIDAFTARKAN DENGAN JPV
JPV ialah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan Kabinet April lepas.
JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara, 14 Dis ini.
Garis panduan yang dikenali sebagai "1GP" ini mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV.
Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai PBT di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka Mac depan.
"Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong.
TIADA LAGI RAMPASAN SARANG
Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan itu, selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan.
Difahamkan juga operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi merampas sarang burung, bagi mengelakkan populasi burung yang ada bersarang di bangunan berdekatan, kecuali mengenakan kompaun dan merampas peralatan berkaitan.
Perkembangan ini dilihat indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan namun ia bukan lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah.
Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan selagi isu perlesenan tidak diselesaikan dengan segera.
Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung juga perlu untuk menjayakannya, sekiranya negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit setanding dengan Indonesia dan Thailand, negara pengeluar utama.
-- BERNAMA
Posted by DPT07/08 at 4:15 PM 0 comments
Tahniah!!!
Posted by DPT07/08 at 4:06 PM 0 comments
Monday, June 7, 2010
Kemana hala tuju kta semua....DPT07/08
Posted by DPT07/08 at 9:18 AM 0 comments
Wednesday, June 2, 2010
Monday, May 31, 2010
Muhammad Azim B. Ramli
Asal: Kluang, Johor
Alamat: No. 5, Jalan Desa 7/4 Taman Desa, 86000 Kluang, Johor
Lecturer yang di Gemari: Pn Shafinah
Subjek di Minati: Asas Pengeluaran Ternakan
Subjek Kurang di Minati: Perosak Tanaman
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Jackson
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Semestinya Izati
KATA-KATA HIKMAT:
Jadilah Insan Yg Berguna!...
Posted by DPT07/08 at 9:33 AM 0 comments
Mohd Afiq Bin Mohd Amin
Matriks: S10965
Asal: Kelantan
Alamat: Kampung Kelar Besar, Perol To'uban, 17050 Pasir Mas, Kelantan
Lecturer yang di Gemari: Dr. Khairulmazmi
Subjek di Minati: Hortikultur & Landskap (HRT)
Subjek Kurang di Minati: Ekonomi (EPT)
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Hafis
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Azimah Khairi
KATA-KATA HIKMAT:
" Tuntutlah Ilmu hingga negeri China..."
Posted by DPT07/08 at 9:18 AM 0 comments
Harshana a/p Rajagopal
Asal: Negeri Sembilan
Alamat: No. 93, Jalan Dato Undang Johol, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lecturer yang di Gemari: Dr. Stephen Leong
Subjek di Minati: Asas Pengeluaran Ternakan (SHW)
Subjek Kurang di Minati: Ekonomi (EPT)
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Azlan
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Carol
KATA-KATA HIKMAT:
"dun take anythg 4 granted..."
Posted by DPT07/08 at 9:11 AM 0 comments
Friday, May 28, 2010
Muhammad Syukri B. Abdul Halim
Asal: Perak
Alamat: No. 43, Persiaran Taman Jati 6, Taman Mecu 3C, 30020 Ipoh, Perak
Lecturer yang di Gemari: Pn. Carlina
Subjek di Minati: Asas Pengeluaran Ternakan
Subjek Kurang di Minati: Penyakit & Perosak
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Azlan Arif (abg macho)..huhu
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Ros
KATA-KATA HIKMAT:
Senyum itu mudah...positif la selalu dan jangan buruk sangka..Jangan mengalah selagi belum mencuba dan berfikirlah sebelum bertindak...
Posted by DPT07/08 at 10:17 AM 0 comments
Nor Shuhaidah Bt. Norizan
Asal: Kedah
Alamat: Tkt. 2 Blok C2-2 Sri mint, Jalan Dengkil, 4300 Kajang, Selangor
Lecturer yang di Gemari: Semua
Subjek di Minati: Akuakultur & Pengenalan Serangga Perosak
Subjek Kurang di Minati: Economi
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Akmal
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Alin (Meow...)
KATA-KATA HIKMAT:
" Majulah diri untuk negara dan cuba jadi orang yang boleh bahagiakan orang lain..."
Posted by DPT07/08 at 10:05 AM 0 comments
Monday, May 24, 2010
Nur Hidayah Bt. Mustapha@hashim
Asal: Kelantan
Alamat: Lot 1301, Jalan Ketereh, Kg. Melor, 16400 Kota Bharu, Kelantan
Lecturer yang di Gemari: Semua sukerr.....
Subjek di Minati: Aquakultur
Subjek Kurang di Minati: x tau la...hehhehe
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Akmal
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Alin (meowwww)
KATA-KATA HIKMAT:
Sayangi diri anda ingatlah orang tersayang.....pikir & halusilah setiap keputusan sebelum bertindak....
Posted by DPT07/08 at 9:19 PM 0 comments
Phang Siaw Chin
Asal: Sri Aman, Sarawak
Alamat: Lot 198, Jalan Hollis, Sri Jaya Park, 95000 Sri Aman, Sarawak
Lecturer yang di Gemari: Dr. Stephen Leong, Dr. Rajan, Dr. Joseph Bong & Sir Peter...
Subjek di Minati: Semua
Subjek Kurang di Minati: TKP (Jentera dan Autamasi Pertanian)
Cozmate Lelaki Paling Ensem: Afendi
Cozmate Perempuan Paling Cantik: Dayah (Mek)
KATA-KATA HIKMAT:
" Never Give Up Until u Get It.."
Posted by DPT07/08 at 9:12 PM 0 comments




















